CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 19 November 2008

Infrastruktur dan Utiliti

Dalam analisis yang seterusnya adalah berkaitan dengan keefisienan "insfrastruktur dan Utiliti" di mana berkait dengan kemudahan berbentuk infrastruktur bagi menjamin keperluan dan perkhidmatan yang disediakan dapat memenuhi keperluan penduduk. Namun, dalam menyediakan perhidmatan berupa infranstruktur dan utiliti ini kerajaan samada kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan pusat tidak dapat memenuhi apa yang diperlukan oleh penduduk dan menjadi masalah yang besar bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan seperti jaringan jalanraya, sistem telekomunikasi sistem perparitan dan kumbahan dan sebagainya. Di sini penerangan ini adalah berkaitan dengan isu utama dalam kawasan MDHS di mana berkaitan dengan masalah longkang yang tersumbat, di mana sistem saliran yang teruk dan memungkinkan banyak masalah berkaitan dengan masalah ini seperti banjir kilat, wabak penyakit dan banyak lagi. Di sini terdapat beberapa gambar yang dapat kumpulan kami ketengahkan dalam blog ini. Walaupun ada tong sampah yang disediakan, tetapi menurut penduduk yang mengalami masalah ini berasa kurang berpuas hati dengan jadual mengutip sampah oleh kerajaaan tempatan yang mana telah menyebabkan sampah-sampah melimpah dan masuk ke dalam longkang. Di sini siapa yang silap??? Adakah penduduk yang kurang mentaliti tentang sampah ini atau ??? Di sini saya bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak tetapi pikir-pikirkanlah jika lakukan kerja perlu ada sikap dedikasi. Takkan kalau ada masalah penyakit baru mengambil tindakkan. "Mencegah lebih baik dari mengubati"





Gambar Longkang yang Tersumbat









Analisis Infranstruktur dan utiliti









0 ulasan: