CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 19 Oktober 2008

BORANG SOAL- SELIDIK

Di sini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang Borang Soal-Selidik yang kumpulan kami melakukan kajian tersebut. Pertama sekali borang soal-selidik ini merangkumi empat bahagian uatama iaitu Bahagian A, B, C ,D dan E.

Bahagian A: Merangkumi Latar Belakang Responden
Bahagian B: Tahab Keefienan Bandar di Kawasan PBT yang diselidiki.Dalam Bahagian B
ini ia merungkaikan berkaitan 13 aspek yang utama iaitu :-

1)Ekonomi Bandar
2)Kemudahan Masyarakat, Utiliti & Sosial
3)Infrastruktur & Utiliti
4)Rekabentuk, Imej & Langskap Bandar
5)Pengankutan & perhubungan
6)Perdanganan/Perkhidmatan
7)Perkilangan & Industrian
8)Pelancongan & Budaya
9) Perumahan
10)Keselamatan & Kawalan
11)Governans
12)Alam Sekitar
13)Perkhidmatan Secara Online/E-Govenans

Bahagian C: Rangking Tahab Keefisienan Mengikut Kawasan PBT
Bahagian D: Pengalaman Responden Berdepan Ketidak-Efisienan bandar 5 tahun lepas
Bahagian E: Pandangan Umun Penduduk tentang keefisienan Bandar

Semua borang selidik ini telah kumpulan kami bahagikan kepada 3 kawasan yang akan di lakukan kajian iaitu di kawasan SERENDAH, BATANG KALI dan KUALA KUBU BHARU. Selain itu, disebabkan matlamat kami ingin mendapat pendapat responden dari pelbagai kaum di kawasan tersebut, kumpulan kami telah menetapkan untuk mencari responden berdasarkan peratusan penduduk utama berdasarkan kaum yang utama di kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor. Kumpulan kajian kami telah menetapkan untuk mengedarkan borang soal-selidik ini kepada 47 % melayu, Cina28 % dan India 12 % , berdasarkan demografi penduduk yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perangkaan Malaysia (2003). Oleh itu, melalui kaedah ini kami dapat memperolehi data yang tidak Bias kepada sasabuah/sesuatu kaum sahaja demi menjamin kerelevenan dan ketepatan daya yang di peroleh.

TANGGAL 11 OKT 2008 detik bersejarah

PAda tarikh yang tertera diatas merupakan kemuncak kajian yang akan dilaksanakan oleh kumpulan kami untuk melakukan soal-selidik berdasarkan apa yang dirangcang bermula awal semesta lagi. Kajian yang dikelola oleh Pensyarah yang kami hormati iaitu Prof.Madya Dr. hamzah Jusoh dan dengan bantuan tutor kami iaitu CikDiana ini adalah peringkat yang dinanti-nantikan oleh para pelajar SKAD 2063.

Ini kerana kesemua pelajar rata-rata tidak sabar untuk melakukan soal-selidik ini. Setelah pembahagian kawasan yang dilakukan kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri ABDUL RASHID, EFENDI dan HASIF telah bertolak pada kawasan lapangan yang telah ditetapkan. SEbelum saya pergi lebih jauh terlebih dahulu saya ingin menerangkan tajuk kajian kami terlebih dahulu. Projek ini dikenali sebagai Projek Efi-City : Kajian Pembentukan Indeks Keefisienan Bandar Utama Semenanjung Malaysia.

Untuk pengetahuan umum, projek ini adalah projek yang dibiayai oleh Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI) dengan bantuanpara pelajar kursus SKAD2063:Urbanisasi dan Pembangunan Bandar. Sebanyak 16 kumpulan daripada pelajar SDAD 2063 telah ditetapkan untuk membuat kajian di 4 kawasan utama Bandaraya Kuala Lumpur dan 12 lagi di bandar-bandar utama di kawasan Selangor.

Kumpulan kami telah ditetapkan untuk melakukan kajian di Masjis Daerah Hulu Selangor. Kumpulan kami telah memilih 3 kawasan yang menjadi prospek kajian yang ingin kami lakukan iaitu SERENDAH, BATANG KALI dan KUALA KUBU BHARU.

Disebabkan oleh jarak yang jauh kumpulan kami terpaksa bertolak pada awal pagi lagi kerana sangat bersemangat untuk melakukan kajian ini. Selain itu juga faktor jarak juga mendorong kumpulan kami mengambil keputusan untuk bertolak lebih awal agar dapat mengelak dari kesesakan jalan raya dan lain-lain masalah lagi.
video
ehsan: FENDI