CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 November 2008

Photobucket

Ulasan Terakhir





Disini saya ingin mengucapkan berbanyak-banayk terima kasih dan perhargaan kepada semua pihak yang menjayakan kajian ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pensyarah saya iaitu Prof.Madya Dr.Hamzah dan juga Puan Masitah kerana banyak membantu saya dalam memahami tentang pembelajaran dalam kursus "Urbanisasi & Pembangunan Bandar" (SKAD2063). Melalui syarahan dan pembelajaran yang disampaikan saya dapat memahami banyak aspek-aspek berkaitan teori-teori urbanisasi dan pembangunan bandar serta dapat mengaitkan dalam kehidupan dan pembelajarn seterusnya dapat saya tulis dalam penghasilan blog ilmiah ini.Selain itu tidak lupa juga kepada tutor saya Cik Noordeyana yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam membincangkan tentang isu-isu pembangunan ,teori-teori,penghasilan blog dan sebangainya. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain terutama para pelajar program Sains Pembangunan seperti Fendi, Hasif, Ayup, Ipin, Arwan, Muhammed, Mat Nick dan ramai lagi yang mengambil khusus ini bersama-sama saya yang banyak membantu saya dalam penghasilan blog ilmiah ini.Selain itu saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan supaya berjaya dalam final exam tahun ini. Semoga berjaya semua.Saya juga ingin mengucapkan ampun dan maaf jika lakukan kesilapan samada secara sedar dan tidak sedar, kerana setiap manusia itu ada kekurangan. Akhir kata "JUMPA NEXT SEM" & " SELAMAT BERCUTI".... ASSALAMUALAIKUM

Ulasan Kami Tentang Bandar Kajian

Dalam video ini terdapat pandangan kami terhadap bandar kajian kami. Diharap semua terhibur dengan paparan ini. Paparan ini dilakukan setelah selesai melakukan survei di Kuala Kubu Bahru tempohari. Saksikanlah...............


Bahagian E: Pandangan Umum tentang Keefisienan Bandar

Berdasarkan kajian yang dilakukan terdapat beberapa katogeri yang responden kami nyatakan berkaitan dengan aspek yang paling efisien dan yang paling tidak efisien. Berikut merupakan rumusan yang dapat dibuat mengenai aspek bandar yang paling efisien dan tidak efisien menurut pandangan responden:

1) Aspek bandar yang paling efisien

-Bersih
-Maju dan membangun
-Kurang kadar jenayah/masalah
-Keselamatan

2) Aspek bandar yang tidak efisien

-Kotor
-Kebajikan penduduk terabai
-Kelemahan atau kekurangan kemudahan pengankutan dan perhubungan
-Sistem perparitan


Ulasan Keseluruhan Keefienan Bandar

  1. Sesebuah bandar perlu mempunyai perkhidamtan yang secukupnya
  2. Kerajaan perlu mementingkan kebajikkan masyarakat
  3. Teknologi perlu dipertingkatkan
  4. Perubahan dan perningkatan infrastruktur
  5. Keselamatan yang terjamin
  6. Kemudahan awam perlu dipertingkatkan
  7. Penambahan prasarana dan peluang pekerjaan di luar bandar
  8. Maningkatkan produktiviti bandar
  9. Masalah lalulintas perlu diatasi
  10. Peningkatan dari pelbagai segi dan sesuai dengan pembangunan mapan

Bahagian D: Pengalaman Berdepan Dengan Ketidak-Efisienan Bandar Sepanjang 5 Tahun Lepas

Semasa soal selidik dan temu bual yang dijalankan di kawasan kajian, pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh responden berkaitan dengan aspek ketidak-efisienan bandar dimaklumkan kepada kami. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama disekitar 5 tahun lepas ialah:

  1. Masalah karenah birokrasi
  2. Anjing liar yang dilepaskan tanpa jagaan (Kuala Kubu Bharu)
  3. Masalah sosial
  4. Masalah sampah dan longkang
  5. Kekurangan pegawai
  6. Kurang perkerjaan
  7. masalah jenayah (Gangster)
  8. Masalah pengankutan yang tidak memuaskan
  9. Masalah komuter lambat(Tidak ikut jadual)
  10. Masalah kesesakkan lalu lintas

Bahagian C: Ranking Tahap Bandar Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan


Rajah 1 Kuala Lumpur




Rajah 2: Kuala Kubu Bharu




p/s : Rank 1-Paling efisien ; Rank 13-Paling tidak efisien

Ranking Kuala Lumpur

Berdasarkan gmbarajah di atas dapat dilihat bahawa Kuala Lumpur menjadi majoriti responden menyatakan bahawa bandaraya tersebut merupakan bandaraya yang paling efisien di Malaysia kini amnya. Ini kerana rata-rata menyatakan bahawa terdapat banyak kemudahan dan lengkap dari pelbagai aspek. Ini sesuai dengan taraf bandaraya termaju dan sebagai Ibu Negara malaysia. Walaupun terdapat banyak pemasalaha, seperti banjir kilat dan "traffic jam" namun ia adalah bandar yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.



Ranking Kuala Kubu Bharu

Daripada gambarajah di atas, didapati majoriti daripada responden yang dipilih meletakkan bandar Kuala Kubu Bharu di ranking yang paling tidak efisien iaitu di rangking yang ke-13.Ini dapat dilihat pada graf yang berwarna merah dalam graf bar di atas. Peletakan bandar Kuala Kubu Bharu di rangking yang paling tercorot agak memeranjatkan kumpulan kami kerana Kuala Kubu Bharu merupakan bandar utama di kawasan kajian kami iaitu daerah Hulu Selangor. Majoriti responden yang dipilih juga merupakan penduduk asal di daerah Hulu Selangor. Peletakan Kuala Kubu Bharu di tempat yang tercorot berbanding dengan bandar-bandar yang lain dapat dikaitkan dengan keadaan persekitaran bandar itu sendiri. Kuala Kubu Bharu jika diteliti dengan pemikiran yang terbuka merupakan sebuah bandar yang mempunyai kadar pertumbuhan yang agak perlahan. Peluang-peluang pekerjaan tidak banyak dapat disediakan disamping kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal yang tidak rancak. Justeru itu, ini mungkin merupakan antara penyebab mengapa penduduk di daerah Hulu Selangor sendiri meletakkan bandar mereka di tempat yang tercorot dari segi keefisienan bandar.




Persepsi Responden Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Raya Kuala Lumpur Secara Umum

Majoriti responden yang ditemubual mengatakan bahawa bandar raya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar raya yang terbaik di Malaysia kerana mempunyai segala kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat di bandar tersebut. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bertaraf dunia seiring dengan bandar-bandar maju yang lain di dunia. Namun di sebalik kemajuan yang dicapai, masih terdapat banyak masalah yang melanda bandar raya Kuala Lumpur. Masalah-masalah seperti kebanjiran pendatang tanpa izin serta warga asing terus menghantui masyarakat sekeliling. Selain itu, masalah jenayah yang berterusan berlaku menyebabkan penduduk di bandar raya Kuala Lumpur hidup dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan.Dengan permasalahan bandar yang sesak dan gaya hidup yang mementingkan kebendaaan telah menyebabkan banyak permasalahan yang berlaku , walaupun ia adalah bandar antara yang terbesar di dunia. Masih terdapat banyak kekurangnya lagi. Dan pihak yang terbabit seperti Dewan Bandaraya khasnya serta kerajaan amnya perlu memainkan peranan yang penting bagi menangani permasalahan ini.

Rabu, 19 November 2008

Bahagian C

Sebelum memasukki bahagian C, Di sini korang semua pembaca atau pelawat blog saya ini boleh melihat apa yang berlaku di sekitar pembandaran yang berlaku dimana terdapat banyak masalah yang berlaku. Dalam Bahagian C ini penerangan adalah bertumpu kepada ranking tentang keefisienan yang mana melibatkan perpepdi penduduk terhadap tahap keefisienan bandar-bandar utama di sekitar Selangor dan juga wilayah Kuala Lumpur. Selain itu terdapat juga perkaitan tentang perpepsi penduduk terhadap tahap keefienan Bandaraya Kuala Lumpur dimana kami menerima pelbagai "feedback" atau maklumbalas yang memberansangkan dan juga tidak dijangkakan. Selepas ini penerangan akan bertumpu kepada bahagian yang diterangkan tadi.

Keselamatan dan Kawalan

Dalam " keselamatan dan kawalan" bagi penduduk rata-rata penduduk merasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Dimana walaupun ada masalah-masalah jenayah pihak polis masih dapat mengawal dan keharmonian masih lagi terjaga. Dimana rata-rata responden merasa selamat. Pihak polis melakukan rondaan, pemantauan dan pencegahan jenayah adalah sangat berkesan. Terima Kasih Pihak Polis. Teguhkan prestasi dan tingkatkan kualiti.

Pihak Polis


















Govenans

Dari sudut "Govenan" pula rata-rata rakyat kurang berpuas hati dengan perancangan, peranan dan dalam membangun kawasan yang terbiar. Dimana banyak aduan dan kami terima oleh responden mengenai masalah ini. Dalam mana yang sebelum ini yang saya paparkan dalam blog ilmiah ini. Saya bukan nak mejatuhkan mana-mana pihak tetapi ini adalah suara responden-responden kami yang mana walaupun ada yang berpuas hati tetapi masih banyak kekurangan yang mana menybabkan masalah terpaksa dihadapi dan ditanggung oleh penduduk.

Governans




















Alam Sekitar

Seterusnya dalam prospek "alam sekitar", rata-rata penduduk mengalami pencemaran bau, kerana kadudukan kilang yang berhampiran dengan kawasan penduduk seperti di Batang Kali di mana seorang respon India menyatakan bahawa kebiasaanya berbau busuk akibat daripada aktiviti perkilangan. Oleh itu, beliau menyarankan suatu tindakan yang diambil dan menkaji semula kedudukkan kawasan perkilangan yang berhampiran dengan penduduk. Dimana ia mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, isu berbangkit seperti sampah dan sistem perparitan yang kurang efisien juga menjadi isu yang utama. Dimana dia Program Agenda 21 yang diwar-warkan??? Adakah kurang diendahkan? atau ada masalah desebaliknya... Agenda 21 adalah berkaitan dengan "pembangunan mapan", dimana pembangunan disamping penjagaan alam sekitar yang baik. Tetapi kini sebaliknya berlaku. Pada pendapat saya Agenda 21 ini kurang dipraktikkan dan malahan di bandar-bandar yang lain juga menghadapi masalah yang sedemikian.




Agenda 21