CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 19 Oktober 2008

TANGGAL 11 OKT 2008 detik bersejarah

PAda tarikh yang tertera diatas merupakan kemuncak kajian yang akan dilaksanakan oleh kumpulan kami untuk melakukan soal-selidik berdasarkan apa yang dirangcang bermula awal semesta lagi. Kajian yang dikelola oleh Pensyarah yang kami hormati iaitu Prof.Madya Dr. hamzah Jusoh dan dengan bantuan tutor kami iaitu CikDiana ini adalah peringkat yang dinanti-nantikan oleh para pelajar SKAD 2063.

Ini kerana kesemua pelajar rata-rata tidak sabar untuk melakukan soal-selidik ini. Setelah pembahagian kawasan yang dilakukan kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri ABDUL RASHID, EFENDI dan HASIF telah bertolak pada kawasan lapangan yang telah ditetapkan. SEbelum saya pergi lebih jauh terlebih dahulu saya ingin menerangkan tajuk kajian kami terlebih dahulu. Projek ini dikenali sebagai Projek Efi-City : Kajian Pembentukan Indeks Keefisienan Bandar Utama Semenanjung Malaysia.

Untuk pengetahuan umum, projek ini adalah projek yang dibiayai oleh Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia (MOSTI) dengan bantuanpara pelajar kursus SKAD2063:Urbanisasi dan Pembangunan Bandar. Sebanyak 16 kumpulan daripada pelajar SDAD 2063 telah ditetapkan untuk membuat kajian di 4 kawasan utama Bandaraya Kuala Lumpur dan 12 lagi di bandar-bandar utama di kawasan Selangor.

Kumpulan kami telah ditetapkan untuk melakukan kajian di Masjis Daerah Hulu Selangor. Kumpulan kami telah memilih 3 kawasan yang menjadi prospek kajian yang ingin kami lakukan iaitu SERENDAH, BATANG KALI dan KUALA KUBU BHARU.

Disebabkan oleh jarak yang jauh kumpulan kami terpaksa bertolak pada awal pagi lagi kerana sangat bersemangat untuk melakukan kajian ini. Selain itu juga faktor jarak juga mendorong kumpulan kami mengambil keputusan untuk bertolak lebih awal agar dapat mengelak dari kesesakan jalan raya dan lain-lain masalah lagi.
video
ehsan: FENDI

0 ulasan: