Ketiga-tiga gambarajah di atas menunjukkan negeri asal, kawasan tempat tinggal dan tempoh menetap responden kami yang mana rata-rata berasal dari Selangor dan hanya segelintir yang bermigrasi ke kawasan Hulu Selangor ini. Kebanyakkannya adalah disebabkan oleh faktor berkerja dan megikuti pasangan masing-masing tinggal di kawasan ini. Tapi hanya terdapat segelintir sahaja yang bermigrasi ke kawasan ini untuk berkerja kerana peluang pekerjaan yang kurang di kawasan ini. Namun bergitu, rata-rata yang menetap di kawasan ini adalah 1-10 tahun dan ada juga mencapai lebih 10 tahun dimana disebabkan kawasan ini adalah kawasan tempat tinggal mereka sejak dari kecil lagi. Namun, daripada tamubual yang dilakukan banyak penduduk yang migrasi keluar untuk mencari pekerjaan di daerah-daerah lain kerana kekurangan dalam pekerjaan dalam kawasan MDHS ini. Walaupun kerajaan tempatan telah meningkatkan fasiliti untuk kemudahan pekerjaan, namun ia masih belum mencukupi untuk manampung penduduk di kawasan ini untuk tidak bermigrasi ke kawasan lain. Oleh yang demikian, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Chew berharap kerajaan tempatan dapat meningkatkan fasiliti untuk meningkatkan ekonomi penduduk dalam kawasan MDHS agar dapat bersaing dengan bandar di daerah-daerah selangor yang lain.
Real Time Forex Trading Information
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan