URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR
Istilah pembangunan
Istilah pembangunan lazimnya digunakan dalam pelbagai disiplin. Bagaimanapun, maksud pembangunan itu sendiri masih belum jelas. Bahkan terdapat keraguan dan kekeliruan tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembangunan. Menurut Van Nieuwenhinje(1969), pembangunan adalah sesuatu pembolehubah-satu istilah yang kompleks, yang mempunyai pengertian yang berbeza dan tidak kosisten, iaitu maksud iatilah ini adalah berubah mengikut siapa yang mengemukakan dan mengunakannya serta berdasarkan perkara yang diperhatikan.
Definasi Bandar
Bagi Anlmann dan Olsson(Garnier,1967) mendefinisikan Bandar sebagai satu pengkelompokan yang mempunyai pelbagai aktiviti di dalamnya. Maksud pengkelompokan ini merujuk kepada sesebuah kumpulan penduduk yang tinggal di sesuatu kawasan yang sama dan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti taman bunga, tempat kerja, dan pusat-pusat perkhidmatan. Manakala William Christaller(Garnier,1967) menekankan bahawa Bandar itu bermaksud tempat yang terdapatnya elemen-elemen seperti perdagangan, pentadbiran dan perniagaan kecil. Manakala aaktiviti industry adalah perkara kedua. Manakala sarjana-sarjana seperti Friedman dan Wuff(1967), menganggap Bandar adalah sebagai sebuah dunia sosial yang kecil, yang mempunyai fenomena berbagai-bagai dimensi ekonomi, demografi dan sosial.Selain itu, bandar juga doleh ditakrifkan dengan pelbagai-bagai cara.
0 ulasan:
Catat Ulasan