
APA PENDAPAT ANDA DENGAN GAMBAR INI?????
Selasa, 21 Oktober 2008
Perkidmatan Bas Yang Sangat Kuno
Dengarlah Rintihan Hati Kecil Ini
Selain daripada masalah sampah yang sangat tidak memuaskan hati penduduk dikawasan tersebut.. rintihan hati seorang lagi penduduk yang ingin saya kongsi dengan pembaca blog ini adalah berkaitan dengan masalah longkang.. Daripada hasil temubual saya juga dengan seorang penduduk yang hanya ingin dekenali sebagai Fairus yang merupakan penduduk jati kawasan ini mengeluarkan rasa tidak puas hati berkaitan masalah longkang. yang berlarutan sehingga kini... menurut beliau masalah ini berlaku di setiap tempat dikawasan di perumahan, pekan dan banyak lagi... selain itu, pemaju dan majlis daerah kurang mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi ini...jika berlaku hujan yang lebat, banyak kawasan akan mengalami masalah air longkang yang melimpah... ini kerana keadaan longkang yang tersumbat dan masalah sampah yang dialirkan oleh pekedai contohnya restoran dan sebagainya.. keadaan ini sangat menjijikan dan mungkin mengakibatkan menularnya penyakit yang berkaitan dengan penyakit bawaan air seperti denggi dan sebaginya...
Tengoklah bertapa tidak bersihnya keadaan longkang di sempat kami ambil... ini mungkin akan mengakibatkan masalah kesihatan terhadap penduduk.. 
Ini pula adalah keadaan longkang yang tiada penutup dan ia sangat merbahaya jika kenderaan atau penduduk yang melalui kawasan ini... selain itu, jika berlaku hujan yang lebat air longkang akan melimpah ke sekitar kawasan ini...
Masalah Utama Penduduk

Masalah utama yang penduduk hadapi yang paling utama ialah masalah sampah yang teruk di ke semua kawasan di dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor.. daripada temubual saya dengan seorang penduduk yang ingin dekenali sebagai Khair, seorang pekerja di Hospital Sungai Buloh, tetapi telah menetap telah hampir 10 tahun ketika di stesen Serendah, beliau menyatakan bahawa ketidakpuashatian beliau terhadap masalah sampah yang timbul.. ini kerana beliau berpendapat masalah ini adalah masalah yang berbangkit, ini kerana walaupun dulu ada tindakkan oleh kerajaan tempatan, tetapi ia hanya sekejab sahaja... ia bagaikan melakukan kerja sekadar " hangat-hangat tahi ayam" sahaja.. Oleh yang demikian, beliau sangat-sangat berharap kepada kerajaan tempatan tampil dalam menyelesaikan masalah ini.. walaupun ada pegawai yang datang mengutip sampah dikawasan yang datang tetapi mereka sekadar " melepaskan batuk di tangga" sahaja kerana kebanyakan daripada pegawai yang ditugaskan tidak menepati jadual masa dan kadang-kadang sampai tong sampah penuh dan melimpah barulah ada pegawai yang datang..
Selasa, 16 September 2008
Masalah Pencemaran Sungai Di Hulu Selangor
Sungai Langat di Hulu Langat dan Sungai Selisik di Hulu Selangor yang merupakan sumber utama bekalan air bagi penduduk daerah Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang kini perlu diselamatkan untuk mengelakkan krisis tersebut berlaku.Pencemaran di sungai-sungai berkenaan telah menyebabkan tiga loji rawatan air di Loji Sungai Selisik, Hulu Selangor, Loji Batu 11 Cheras dan Loji Bukit Tampoi, Sepang terpaksa ditutup sejak seminggu lalu berikutan kadar ammonia yang terlalu tinggi dalam air sungai berkenaan.Pencemaran ammonia itu dikatakan berlaku kerana air kumbahan dibiarkan mengalir ke sungai-sungai itu.
Berikutan masalah itu, Utusan Malaysia difahamkan bekalan air di Hulu Selangor dan Hulu Langat kini bergantung kepada kolam air dan tangki statik di kawasan-kawasan perumahan sementara menunggu usaha dilakukan untuk meneutralkan pencemaran ammonia di sungai-sungai berkenaan.
“Pencemaran seumpama ini pernah berlaku di sungai-sungai itu beberapa tahun lalu, tetapi kerana tiada pengawasan daripada pihak berkuasa ia berlaku sekali lagi,” dakwa seorang pemimpin tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan.
