Khamis, 20 November 2008
Ulasan Terakhir
Dicatat oleh Sed Abd di 6:41 PG 0 ulasan
Label: SALAM PERPISAHAN
Ulasan Kami Tentang Bandar Kajian
Dalam video ini terdapat pandangan kami terhadap bandar kajian kami. Diharap semua terhibur dengan paparan ini. Paparan ini dilakukan setelah selesai melakukan survei di Kuala Kubu Bahru tempohari. Saksikanlah...............
Dicatat oleh Sed Abd di 6:37 PG 1 ulasan
Label: ViDeo Kajian
Bahagian E: Pandangan Umum tentang Keefisienan Bandar
Berdasarkan kajian yang dilakukan terdapat beberapa katogeri yang responden kami nyatakan berkaitan dengan aspek yang paling efisien dan yang paling tidak efisien. Berikut merupakan rumusan yang dapat dibuat mengenai aspek bandar yang paling efisien dan tidak efisien menurut pandangan responden:
1) Aspek bandar yang paling efisien
-Bersih
-Maju dan membangun
-Kurang kadar jenayah/masalah
-Keselamatan
2) Aspek bandar yang tidak efisien
-Kotor
-Kebajikan penduduk terabai
-Kelemahan atau kekurangan kemudahan pengankutan dan perhubungan
-Sistem perparitan
Ulasan Keseluruhan Keefienan Bandar
- Sesebuah bandar perlu mempunyai perkhidamtan yang secukupnya
- Kerajaan perlu mementingkan kebajikkan masyarakat
- Teknologi perlu dipertingkatkan
- Perubahan dan perningkatan infrastruktur
- Keselamatan yang terjamin
- Kemudahan awam perlu dipertingkatkan
- Penambahan prasarana dan peluang pekerjaan di luar bandar
- Maningkatkan produktiviti bandar
- Masalah lalulintas perlu diatasi
- Peningkatan dari pelbagai segi dan sesuai dengan pembangunan mapan
Dicatat oleh Sed Abd di 6:25 PG 0 ulasan
Label: analisia data SPSS
Bahagian D: Pengalaman Berdepan Dengan Ketidak-Efisienan Bandar Sepanjang 5 Tahun Lepas
Semasa soal selidik dan temu bual yang dijalankan di kawasan kajian, pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh responden berkaitan dengan aspek ketidak-efisienan bandar dimaklumkan kepada kami. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama disekitar 5 tahun lepas ialah:
- Masalah karenah birokrasi
- Anjing liar yang dilepaskan tanpa jagaan (Kuala Kubu Bharu)
- Masalah sosial
- Masalah sampah dan longkang
- Kekurangan pegawai
- Kurang perkerjaan
- masalah jenayah (Gangster)
- Masalah pengankutan yang tidak memuaskan
- Masalah komuter lambat(Tidak ikut jadual)
- Masalah kesesakkan lalu lintas
Dicatat oleh Sed Abd di 5:58 PG 0 ulasan
Label: analisia data SPSS
Bahagian C: Ranking Tahap Bandar Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Rajah 2: Kuala Kubu Bharu
p/s : Rank 1-Paling efisien ; Rank 13-Paling tidak efisien
Ranking Kuala Lumpur
Berdasarkan gmbarajah di atas dapat dilihat bahawa Kuala Lumpur menjadi majoriti responden menyatakan bahawa bandaraya tersebut merupakan bandaraya yang paling efisien di Malaysia kini amnya. Ini kerana rata-rata menyatakan bahawa terdapat banyak kemudahan dan lengkap dari pelbagai aspek. Ini sesuai dengan taraf bandaraya termaju dan sebagai Ibu Negara malaysia. Walaupun terdapat banyak pemasalaha, seperti banjir kilat dan "traffic jam" namun ia adalah bandar yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Ranking Kuala Kubu Bharu
Daripada gambarajah di atas, didapati majoriti daripada responden yang dipilih meletakkan bandar Kuala Kubu Bharu di ranking yang paling tidak efisien iaitu di rangking yang ke-13.Ini dapat dilihat pada graf yang berwarna merah dalam graf bar di atas. Peletakan bandar Kuala Kubu Bharu di rangking yang paling tercorot agak memeranjatkan kumpulan kami kerana Kuala Kubu Bharu merupakan bandar utama di kawasan kajian kami iaitu daerah Hulu Selangor. Majoriti responden yang dipilih juga merupakan penduduk asal di daerah Hulu Selangor. Peletakan Kuala Kubu Bharu di tempat yang tercorot berbanding dengan bandar-bandar yang lain dapat dikaitkan dengan keadaan persekitaran bandar itu sendiri. Kuala Kubu Bharu jika diteliti dengan pemikiran yang terbuka merupakan sebuah bandar yang mempunyai kadar pertumbuhan yang agak perlahan. Peluang-peluang pekerjaan tidak banyak dapat disediakan disamping kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal yang tidak rancak. Justeru itu, ini mungkin merupakan antara penyebab mengapa penduduk di daerah Hulu Selangor sendiri meletakkan bandar mereka di tempat yang tercorot dari segi keefisienan bandar.
Persepsi Responden Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Raya Kuala Lumpur Secara Umum
Dicatat oleh Sed Abd di 5:58 PG 0 ulasan
Label: analisia data SPSS
Rabu, 19 November 2008
Bahagian C
Sebelum memasukki bahagian C, Di sini korang semua pembaca atau pelawat blog saya ini boleh melihat apa yang berlaku di sekitar pembandaran yang berlaku dimana terdapat banyak masalah yang berlaku. Dalam Bahagian C ini penerangan adalah bertumpu kepada ranking tentang keefisienan yang mana melibatkan perpepdi penduduk terhadap tahap keefisienan bandar-bandar utama di sekitar Selangor dan juga wilayah Kuala Lumpur. Selain itu terdapat juga perkaitan tentang perpepsi penduduk terhadap tahap keefienan Bandaraya Kuala Lumpur dimana kami menerima pelbagai "feedback" atau maklumbalas yang memberansangkan dan juga tidak dijangkakan. Selepas ini penerangan akan bertumpu kepada bahagian yang diterangkan tadi.
Dicatat oleh Sed Abd di 10:46 PTG 0 ulasan
Label: analisia data SPSS
Keselamatan dan Kawalan
Dalam " keselamatan dan kawalan" bagi penduduk rata-rata penduduk merasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Dimana walaupun ada masalah-masalah jenayah pihak polis masih dapat mengawal dan keharmonian masih lagi terjaga. Dimana rata-rata responden merasa selamat. Pihak polis melakukan rondaan, pemantauan dan pencegahan jenayah adalah sangat berkesan. Terima Kasih Pihak Polis. Teguhkan prestasi dan tingkatkan kualiti.
Dicatat oleh Sed Abd di 9:56 PTG 0 ulasan
Label: analisia data SPSS
Govenans
Dicatat oleh Sed Abd di 9:47 PTG 0 ulasan
Label: analisia data SPSS
Alam Sekitar
Seterusnya dalam prospek "alam sekitar", rata-rata penduduk mengalami pencemaran bau, kerana kadudukan kilang yang berhampiran dengan kawasan penduduk seperti di Batang Kali di mana seorang respon India menyatakan bahawa kebiasaanya berbau busuk akibat daripada aktiviti perkilangan. Oleh itu, beliau menyarankan suatu tindakan yang diambil dan menkaji semula kedudukkan kawasan perkilangan yang berhampiran dengan penduduk. Dimana ia mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, isu berbangkit seperti sampah dan sistem perparitan yang kurang efisien juga menjadi isu yang utama. Dimana dia Program Agenda 21 yang diwar-warkan??? Adakah kurang diendahkan? atau ada masalah desebaliknya... Agenda 21 adalah berkaitan dengan "pembangunan mapan", dimana pembangunan disamping penjagaan alam sekitar yang baik. Tetapi kini sebaliknya berlaku. Pada pendapat saya Agenda 21 ini kurang dipraktikkan dan malahan di bandar-bandar yang lain juga menghadapi masalah yang sedemikian.
Dicatat oleh Sed Abd di 9:46 PTG 0 ulasan
Label: analisia data SPSS