CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 12 November 2008

(Bahagian B) Tahap Keefisinan Bandar


Seterusnya dalam analisis SPSS yang seterusnya ini adalah merangkumi Bahagian B kajian kami iaitu perpepsi responden terhadap Tahap Keefisinan Bandar di dalam kawasan mereka sendiri iaitu di dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor.. Di mana dalam kajian ini merangkumi 13 bidang kajian yang utama iaitu terdiri daripada :-


  1. Ekonomi Bandar
  2. Kemudahan Masyarakat, Utiliti dan Sosial
  3. Insfrastruktur dan Utiliti
  4. Rekabentuk, Imej dan Lanskap Bandar
  5. Perngankutan dan Perhubungan
  6. Perdagangan/Perkhidmatan
  7. Perkilangan dan Industri
  8. Pelancongan dan Budaya
  9. Perumahan
  10. Keselamatan dan Kawalan
  11. Governans
  12. Alam Sekitar
  13. Perkidmatan Secara Online/E-Governans
Semua bidang kajian akan diterangkan secara berperingkat-peringkat dimana berdasarkan hasil kaji selidik dan temubual dengan responden, serta hasil pemerhatian kami ketika kajian dilakukan. Di mana terdapat pelbagai-bagai reaksi responden yang kami terima dan akan saya muatkan dalam hasil kajian yang seterusnya ini.



Jenis Pekerjaan-Pendapatan Bulanan (Responden)



Dalam kedua-dua jadual di atas menunjukkan jenis pekerjaan dan pendapatan responden yang kami dapat ketika melakukan kajian dimana terdapat jenis pekerjaan yang bebeza-beza di kalangan responden kami. Dimana ini menunjukkan ada yang berkerja sebagai pekerja biasa dan juga yang terlibat dalam pekerjaan profesional yang lain seperti doktor dan sebagainya. Namun sebenarnya ini memperlihatkan jurang yang terdapat di kawasan ini sangat luas daripada matlumat gaji yang diterima, kerana pelbagai kelas pekerja dapat kami kelaskan. Ini menunjukkan suatu keadaan yang tidak sihat yang mana menampakkan kepincangan dalam produktiviti penduduk dalam kawasan kajian kami. Dalam pada itu, khasnya kerajaan perlu menangani masalah jurang ekonomi yang menampakkan setidakseimbangan dalam lapisan masyarakat di kawasan ini. Namun saya percaya bukan di kawasan ini sahaja yang mengalami masalah ini kerana kawasan-kawasan lain juga bergitu. Oleh itu, saya mengesyorkan kerajaan agar mengabil perhatian dengan masalah yang di hadapi penduduk seperti meningkatkan peluang pekerjaan dan kawasan-kawasan perniagaan untuk penduduk, dimana dengan harapan dapat mengurangkan jurang pendapat di antara kelas bawahan dan juga kelas sederhana. Dengan itu, dapat meningkatkan lagi sumber pendapatan negara khasnya dalam sudut ekonomi .

Negeri asal-Tempat Tinggal- Tempoh Menetap








Ketiga-tiga gambarajah di atas menunjukkan negeri asal, kawasan tempat tinggal dan tempoh menetap responden kami yang mana rata-rata berasal dari Selangor dan hanya segelintir yang bermigrasi ke kawasan Hulu Selangor ini. Kebanyakkannya adalah disebabkan oleh faktor berkerja dan megikuti pasangan masing-masing tinggal di kawasan ini. Tapi hanya terdapat segelintir sahaja yang bermigrasi ke kawasan ini untuk berkerja kerana peluang pekerjaan yang kurang di kawasan ini. Namun bergitu, rata-rata yang menetap di kawasan ini adalah 1-10 tahun dan ada juga mencapai lebih 10 tahun dimana disebabkan kawasan ini adalah kawasan tempat tinggal mereka sejak dari kecil lagi. Namun, daripada tamubual yang dilakukan banyak penduduk yang migrasi keluar untuk mencari pekerjaan di daerah-daerah lain kerana kekurangan dalam pekerjaan dalam kawasan MDHS ini. Walaupun kerajaan tempatan telah meningkatkan fasiliti untuk kemudahan pekerjaan, namun ia masih belum mencukupi untuk manampung penduduk di kawasan ini untuk tidak bermigrasi ke kawasan lain. Oleh yang demikian, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Chew berharap kerajaan tempatan dapat meningkatkan fasiliti untuk meningkatkan ekonomi penduduk dalam kawasan MDHS agar dapat bersaing dengan bandar di daerah-daerah selangor yang lain.