CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 11 November 2008

Demografi-taraf pendidikan



Dalam analisis yang seterusnya adalah berkaitan dengan taraf pendidikan responden kami yang mana setelah kajian yang kami lakukan. Taraf pendidikan yang paling tinggi di kalangan responden kami adalah mempunyai taraf pendidikan SPM/MCE di mana sebanyak 48.7% atau
sebanyak 21 orang responden, manakala yang terendah adalah pada peringkat ijazah pertama iaitu hanya 6.7% atau 3 orang responden. Masalah ini berlaku kerana keadaan kawasan kajian kami yang jauh di pendalaman dan rata-rata responden menyatakan taraf pendidikan tidak sangat di ambil berat, asalkan selepas SPM mereka dapat berkerja dan membantu keluarga sudah mencukupi. Namun, sebahagian daripada responden kami berpendapat kerajaan perlu mengambil perhatian keatas kekurangan yang dihadapi oleh penduduk 'Hulu' seperti mereka kerana kawasan mereka tidak sangat diambil perhatian oleh kerajaan. Ini menunjukkan terdapat masalah "Urban Bias" di kawasan ini. Kerana kawasan di MDHS masih pelbagai segi daripada bandar-bandar lain.



Pemandangan Di Bandar Kuala Kubu Bharu
(masih antik kan berbanding bandar-bandar yang laen)

Demografi-Bangsa


Dalam graf yang dipaparkan di atas menunjukkan peratus empat jenis bangsa yang menjadi responden kajian kami di Kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor dimana bersesuaian dengan graf penduduk yang saya paparkan sebelum ini. Graf ini mewakili peratusan penduduk yang tinggal di kawasan MDHS ini dimana bangsa Melayu sebanyak 57.8%, Cina 22.2% , India 8% dan lain-lain sebanyak 2.2%. Melalui peratusan yang ditunjukkan dalam graf di atas, dapatlah kami memahami permasalahan yang dihadapi oleh kesemua kaum dan tidak "bias" kepada sesebuah kaum sahaja. Dengan ini kami dapat kaji dengan lebih spesifik dan mengambilkira bangsa-bangsa yang terdapat di kawasan MDHS ini. Dengan itu, segala matlumat yang akan dipaparkan selepas ini tidak mewakili sesebuah kaum semata-mata dan semua adalah secara menyeluruh.

Demografi-umur





Dalam struktur umur yang kami perolehi adalah berbeza-beza, dimana umur yang paling tua adalah seorang yang berumur 53 tahun dan yang paling muda adalah berumur 16 tahun.
Responden yang paling ramai adalah dari dua prospek umur yang sama iaitu berumur 20 dan 24 tahun iaitu sebanyak4 orang reasponden iaitu bersamaan dengan 8.9% daripada semua responden iaitu seramai 45 orang. Rata-rata umur diantara 20-25 tahun adalah golongan yang paling mudah untuk didekati dan senang untuk berbicara serta ditemubual. Selain daripada itu, golongan berkerja juga iaitu kebanyakkan berumur 26 tahun ke atas merupakan golongan yang banyak memberi pendapat yang bernas berkaitan kajian yang kami lakukan ini. Mungkin kerana pengalaman yang mereka alami sendiri samada ditempat kerja dan di rumah banyak membantu kami untuk memahami keadaan dan kesusahan yang mereka hadapi di kawasan Majlis daerah Hulu Selangor ini.