CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 10 November 2008

(Bahagian A) Latarbelakang Responden : Demografi - Jantina






Jadual di atas merupakan bilangan responden yang kumpulan kami membuat soal-selidik tentang keefisienan bandar di kawasan mereka iaitu di dalam kawasan Majlis Daerah Daerah Hulu Selangor. Seramai 45 responden yang kami soal-selidik dengan responden lelaki adalah 60% iaitu 27 orang, manakala perempuan sebanyak 40% iaitu seramai 18 orang responden yang kami dapat. Semaa responden yang kami dapat ini sudi untuk disoal-selidik dan ditemubual dan keseluruhan daripada responden memberi kerjasama yang amat baik sekali. Walaupun responden lelaki lebih ramai daripada perempuan ini tidak bermakna perempuan dipinggirkan, tetapi disebabkan kesukaran untuk kami menemubual responden dan kebanyakkan daripada responden perempuan susah untuk didekati mungkin kerana malu berdepan dengan kami. Berbeza dengan responden lelaki yang mudah didekati dan ditemubual. Namun bergitu, saya sangat berterima kasih kepada responden kami kerana tanpa mereka, kajian kami tidak akan berjaya.



rajah: Salah seorang responden (Komuter Batang Kali)