CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 21 Oktober 2008

Perkidmatan Bas Yang Sangat Kuno
















APA PENDAPAT ANDA DENGAN GAMBAR INI?????

Inilah gambaran yang terpaksa penduduk alami apabila menggunakan perkhidmatan bas yang digunakan di Kuala Kubu Bharu... walaupun Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan yang menarik di dalam negeri Selagor ini, adakah pemandangan ini yang ingin dilihat oleh pelancong... semestinya tidak bukan.... walaupun kawasan pelancongan sangat terkenal di kawasan ini seperti Air Terjun Chilling dan Air Terjun Serendah antara siri air terjun yang terpeta di sekitar bandar lama ini. Selain itu, apabila melayari Internet menggunakan kata kunci 'Kuala Kubu Bharu', beberapa laman web menyebutnya sebagai destinasi sukan ekstrem yang ideal kerana bentuk muka bumi serta landskapnya yang dilatari sungai dan air terjun.


Sebagai bandar yang paling hampir dengan Bukit Fraser ia turut menjadikannya sebagai transit yang popular sebelum dan selepas berkunjung ke pusat percutian tanah tinggi itu.. Namun dengan perkhidmat bas yang sangat kuno ini ia memungkinkan pengalaman yang di alami para pelangcong... Sehubungan dengan itu, saya juga bertanyakan pendapat berkaitan dengan perkhidmatan bas di kawasan ini terhadap seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ching iaitu penduduk asal di kawasan ini. Menurut beliau, perkhidmatan bas di kawasan ini sangat tidak memuaskan kerana dengan perkara utama yang beliau bangkitkan iaitu berkaitan dengan keselamatan pengguna dan juga keselesaan apabila menggunakan perkhidmatan bas tersebut... Beliau menyarankan kepada pihak pengusaha bas supaya meningkatkan kualiti perkhidmatan demi meningkatkan kedatangan pelancong seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk...

Dengarlah Rintihan Hati Kecil Ini

Selain daripada masalah sampah yang sangat tidak memuaskan hati penduduk dikawasan tersebut.. rintihan hati seorang lagi penduduk yang ingin saya kongsi dengan pembaca blog ini adalah berkaitan dengan masalah longkang.. Daripada hasil temubual saya juga dengan seorang penduduk yang hanya ingin dekenali sebagai Fairus yang merupakan penduduk jati kawasan ini mengeluarkan rasa tidak puas hati berkaitan masalah longkang. yang berlarutan sehingga kini... menurut beliau masalah ini berlaku di setiap tempat dikawasan di perumahan, pekan dan banyak lagi... selain itu, pemaju dan majlis daerah kurang mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi ini...jika berlaku hujan yang lebat, banyak kawasan akan mengalami masalah air longkang yang melimpah... ini kerana keadaan longkang yang tersumbat dan masalah sampah yang dialirkan oleh pekedai contohnya restoran dan sebagainya.. keadaan ini sangat menjijikan dan mungkin mengakibatkan menularnya penyakit yang berkaitan dengan penyakit bawaan air seperti denggi dan sebaginya...







Tengoklah bertapa tidak bersihnya keadaan longkang di sempat kami ambil... ini mungkin akan mengakibatkan masalah kesihatan terhadap penduduk..














Ini pula adalah keadaan longkang yang tiada penutup dan ia sangat merbahaya jika kenderaan atau penduduk yang melalui kawasan ini... selain itu, jika berlaku hujan yang lebat air longkang akan melimpah ke sekitar kawasan ini...

Masalah Utama Penduduk


Masalah utama yang penduduk hadapi yang paling utama ialah masalah sampah yang teruk di ke semua kawasan di dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor.. daripada temubual saya dengan seorang penduduk yang ingin dekenali sebagai Khair, seorang pekerja di Hospital Sungai Buloh, tetapi telah menetap telah hampir 10 tahun ketika di stesen Serendah, beliau menyatakan bahawa ketidakpuashatian beliau terhadap masalah sampah yang timbul.. ini kerana beliau berpendapat masalah ini adalah masalah yang berbangkit, ini kerana walaupun dulu ada tindakkan oleh kerajaan tempatan, tetapi ia hanya sekejab sahaja... ia bagaikan melakukan kerja sekadar " hangat-hangat tahi ayam" sahaja.. Oleh yang demikian, beliau sangat-sangat berharap kepada kerajaan tempatan tampil dalam menyelesaikan masalah ini.. walaupun ada pegawai yang datang mengutip sampah dikawasan yang datang tetapi mereka sekadar " melepaskan batuk di tangga" sahaja kerana kebanyakan daripada pegawai yang ditugaskan tidak menepati jadual masa dan kadang-kadang sampai tong sampah penuh dan melimpah barulah ada pegawai yang datang..

Ini adalah kawasan kajian kami iaitu di kawasan Kuala Kubu Bharu... Di kawasan ini kami telah membuat kajian di bandar Kuala Khubu Bharu... Kami membuat keputuan untuk melakukan penyelidikan di kawasan ini kerana, bandar ini merupakan kawasan utama yang ramai penduduk.. Dalam pada itu, kami mendapat responden di kawasan ini.







Manakala ini adalah stesen Batang kali, kami mengambil keputusan untuk membuat kajian di stesen Komuter Batang Kali ini adalah kerana ramai responden yang dapat kami temubual dan mudah untuk mengedarkan borang soal-selidik










Di Serendah juga kami mengambil keputusan untuk membuat kajian di sekitar stesen Komuter Serendah kerana di sini juga mudah bagi kami untuk mendapatkan responden untuk di soal-selidik..












Ini adalah suasana di kawasan Stesen Komuter.. Kami mengambil keputusan untuk membuat kajian di kawasan seperti ini kerana komuter adalah tempat yang paling ramai orang dan kebanyakan penduduk yang menggunakannya adalah sangat ramai.. kerana ia adalah satu jaringan pengankutan yang murah dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik..