CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 20 November 2008

Bahagian C: Ranking Tahap Bandar Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan


Rajah 1 Kuala Lumpur




Rajah 2: Kuala Kubu Bharu




p/s : Rank 1-Paling efisien ; Rank 13-Paling tidak efisien

Ranking Kuala Lumpur

Berdasarkan gmbarajah di atas dapat dilihat bahawa Kuala Lumpur menjadi majoriti responden menyatakan bahawa bandaraya tersebut merupakan bandaraya yang paling efisien di Malaysia kini amnya. Ini kerana rata-rata menyatakan bahawa terdapat banyak kemudahan dan lengkap dari pelbagai aspek. Ini sesuai dengan taraf bandaraya termaju dan sebagai Ibu Negara malaysia. Walaupun terdapat banyak pemasalaha, seperti banjir kilat dan "traffic jam" namun ia adalah bandar yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.



Ranking Kuala Kubu Bharu

Daripada gambarajah di atas, didapati majoriti daripada responden yang dipilih meletakkan bandar Kuala Kubu Bharu di ranking yang paling tidak efisien iaitu di rangking yang ke-13.Ini dapat dilihat pada graf yang berwarna merah dalam graf bar di atas. Peletakan bandar Kuala Kubu Bharu di rangking yang paling tercorot agak memeranjatkan kumpulan kami kerana Kuala Kubu Bharu merupakan bandar utama di kawasan kajian kami iaitu daerah Hulu Selangor. Majoriti responden yang dipilih juga merupakan penduduk asal di daerah Hulu Selangor. Peletakan Kuala Kubu Bharu di tempat yang tercorot berbanding dengan bandar-bandar yang lain dapat dikaitkan dengan keadaan persekitaran bandar itu sendiri. Kuala Kubu Bharu jika diteliti dengan pemikiran yang terbuka merupakan sebuah bandar yang mempunyai kadar pertumbuhan yang agak perlahan. Peluang-peluang pekerjaan tidak banyak dapat disediakan disamping kadar pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal yang tidak rancak. Justeru itu, ini mungkin merupakan antara penyebab mengapa penduduk di daerah Hulu Selangor sendiri meletakkan bandar mereka di tempat yang tercorot dari segi keefisienan bandar.




Persepsi Responden Terhadap Tahap Keefisienan Bandar Raya Kuala Lumpur Secara Umum

Majoriti responden yang ditemubual mengatakan bahawa bandar raya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar raya yang terbaik di Malaysia kerana mempunyai segala kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat di bandar tersebut. Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bertaraf dunia seiring dengan bandar-bandar maju yang lain di dunia. Namun di sebalik kemajuan yang dicapai, masih terdapat banyak masalah yang melanda bandar raya Kuala Lumpur. Masalah-masalah seperti kebanjiran pendatang tanpa izin serta warga asing terus menghantui masyarakat sekeliling. Selain itu, masalah jenayah yang berterusan berlaku menyebabkan penduduk di bandar raya Kuala Lumpur hidup dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan.Dengan permasalahan bandar yang sesak dan gaya hidup yang mementingkan kebendaaan telah menyebabkan banyak permasalahan yang berlaku , walaupun ia adalah bandar antara yang terbesar di dunia. Masih terdapat banyak kekurangnya lagi. Dan pihak yang terbabit seperti Dewan Bandaraya khasnya serta kerajaan amnya perlu memainkan peranan yang penting bagi menangani permasalahan ini.

0 ulasan: