CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 21 Oktober 2008

Perkidmatan Bas Yang Sangat Kuno
















APA PENDAPAT ANDA DENGAN GAMBAR INI?????

Inilah gambaran yang terpaksa penduduk alami apabila menggunakan perkhidmatan bas yang digunakan di Kuala Kubu Bharu... walaupun Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai salah sebuah kawasan pelancongan yang menarik di dalam negeri Selagor ini, adakah pemandangan ini yang ingin dilihat oleh pelancong... semestinya tidak bukan.... walaupun kawasan pelancongan sangat terkenal di kawasan ini seperti Air Terjun Chilling dan Air Terjun Serendah antara siri air terjun yang terpeta di sekitar bandar lama ini. Selain itu, apabila melayari Internet menggunakan kata kunci 'Kuala Kubu Bharu', beberapa laman web menyebutnya sebagai destinasi sukan ekstrem yang ideal kerana bentuk muka bumi serta landskapnya yang dilatari sungai dan air terjun.


Sebagai bandar yang paling hampir dengan Bukit Fraser ia turut menjadikannya sebagai transit yang popular sebelum dan selepas berkunjung ke pusat percutian tanah tinggi itu.. Namun dengan perkhidmat bas yang sangat kuno ini ia memungkinkan pengalaman yang di alami para pelangcong... Sehubungan dengan itu, saya juga bertanyakan pendapat berkaitan dengan perkhidmatan bas di kawasan ini terhadap seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ching iaitu penduduk asal di kawasan ini. Menurut beliau, perkhidmatan bas di kawasan ini sangat tidak memuaskan kerana dengan perkara utama yang beliau bangkitkan iaitu berkaitan dengan keselamatan pengguna dan juga keselesaan apabila menggunakan perkhidmatan bas tersebut... Beliau menyarankan kepada pihak pengusaha bas supaya meningkatkan kualiti perkhidmatan demi meningkatkan kedatangan pelancong seterusnya dapat meningkatkan ekonomi penduduk...

0 ulasan: