CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 16 September 2008

Masalah Pencemaran Sungai Di Hulu Selangor


Krisis air di Selangor?
Sejuta penduduk bakal terjejas 2 sungai dicemari ammonia


Oleh: MOHD. FAIRUZ YUSOF

(Utusan Online)ARKIB : 13/02/2007


Hampir sejuta penduduk di Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air ekoran dua batang sungai utama di negeri itu kini tercemar teruk berikutan aktiviti perindustrian dan pencemaran ammonia.


Sungai Langat di Hulu Langat dan Sungai Selisik di Hulu Selangor yang merupakan sumber utama bekalan air bagi penduduk daerah Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang kini perlu diselamatkan untuk mengelakkan krisis tersebut berlaku.Pencemaran di sungai-sungai berkenaan telah menyebabkan tiga loji rawatan air di Loji Sungai Selisik, Hulu Selangor, Loji Batu 11 Cheras dan Loji Bukit Tampoi, Sepang terpaksa ditutup sejak seminggu lalu berikutan kadar ammonia yang terlalu tinggi dalam air sungai berkenaan.Pencemaran ammonia itu dikatakan berlaku kerana air kumbahan dibiarkan mengalir ke sungai-sungai itu.


Berikutan masalah itu, Utusan Malaysia difahamkan bekalan air di Hulu Selangor dan Hulu Langat kini bergantung kepada kolam air dan tangki statik di kawasan-kawasan perumahan sementara menunggu usaha dilakukan untuk meneutralkan pencemaran ammonia di sungai-sungai berkenaan.


“Pencemaran seumpama ini pernah berlaku di sungai-sungai itu beberapa tahun lalu, tetapi kerana tiada pengawasan daripada pihak berkuasa ia berlaku sekali lagi,” dakwa seorang pemimpin tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan.





Diolah dan diubahsuai oleh :
Abdul Rashid B. Abdul Razak A118964

isu penyapu di Hulu Selangor (2007)


PENYAPU menjadi isu hangat apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberi ‘Anugerah Penyapu’ kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kerana gagal mencapai sasaran kutipan hasil cukai semasa dan tunggakan tahun lalu. Tindakan itu dikritik pelbagai pihak kerana disifatkan sebagai keterlaluan, tetapi ada juga pihak yang menyokong anugerah itu. Anugerah ini disampaikan dalam majlis Anugerah Bulan Kualiti 2007.

“Anugerah Penyapu” tersebut telah disinggungkan oleh Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kerana kedua-dua PBT tersebut gagal mencatatkan prestasi yang memuaskan.
Tindak-tanduk MB Selangor sebenarnya tidak salah.
Pendekatan ini diimport dari nilai kerja Jepun. Di Jepun, budaya-budaya seumpama ini sudah lama dilaksanakan di beberapa syarikat mega hatta di beberapa Jabatan Kerajaan.
Perlaksanaan nilai ini juga disambut baik oleh kakitangan satu-satu institusi tersebut dan dilihat secara positif.

Di Malaysia, budaya ini agak baru dan ganjil. Hal demikian kerana nilai-nilai dalam masyarakat menganggap “penyapu” ini sebagai simbol penghinaan.


"Tidak perlu beri penjelasan. Penduduk di negeri ini memahaminya. Saya yakin penduduk Selangor mengenali saya. Saya sudah mulakan dulu. Kita kena ikhlas dalam kerja kita. Sebenarnya hadiah penyapu ini bukan isu. Ada orang yang berfikiran negatif perlu berubah minda.
Saya cuba buat yang terbaik kerana saya cintakan negara ini. Saya mahu negara saya diiktiraf sebagai negara paling baik di dunia. Saya mahu kakitangan kerajaan saya terbaik di Malaysia"


............. Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo

( temuramah oleh wartawan Berita Minggu, Wan Jailani Razak )
November 18th, 2007

Ahad, 7 September 2008

OBJEKTIF MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Memberi dan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan awam dan perbandaran kepada semua penduduk, peniaga dan industri dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor bagi meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan selaras dengan peruntukan serta hasrat Akta 171 ( Akta Kerajaan Tempatan 1976 )


Dasar Kualiti MDHS adalah seperti berikut:-

"Majlis Daerah Hulu Selangor berazam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti demi kepuasan pelanggan."


Objektif kualiti:

Mewujudkan suasana serta kualiti hidup yang tinggi didalam kawasan Majlis.

Menyediakan infrastruktur yang lengkap dan sempurna bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang pesat.

Menjadikan kawasan majlis kesihatan bersih ,indah ,tersusun ,makmur dan menjadi yang terbaik dalam semua aspek.

Meningkatkan kesejahteraan serta keharmonian didalam kawasan majlis.

Isnin, 1 September 2008

Latar Belakang Majlis Daerah Hulu Selangor

Pelan Lokasi Majlis Daerah hulu Selangor


Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1977 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MDHS adalah hasil gabungan Lembaga Bandaran Rawang , Majlis Tempatan Kuala Kubu Bharu dan Majlis Tempatan Kalumpang. Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis pada tahun 2002 adalah 270.38 km persegi yang meliputi 13 mukim .


Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:-

1. Hulu Bernam

2 . Kalumpang

3. Kerling

4. Kuala Kubu Bharu

5. Rasa

6. Batang kali

7. Hulu Yam

8. Serendah

9. Sg. Choh

10. Bandar Baru Bukit Beruntung

11. Bandar Baru Bukit Sentosa

12. Bandar Baru Sg. Buaya

13. Bandar Lembah Beringin