CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 5 Ogos 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Terima kasih kerana sudi melawat Blog saya ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pensyarah saya iaitu Prof.Madya Dr.Hamzah dan juga Puan Masitah kerana banyak membantu saya dalam memahami tentang pembelajaran dalam kursus "Urbanisasi & Pembangunan Bandar" (SKAD2063). Melalui syarahan dan pembelajaran yang disampaikan saya dapat memahami banyak aspek-aspek berkaitan teori-teori urbanisasi dan pembangunan bandar serta dapat mengaitkan dalam kehidupan dan pembelajarn seterusnya dapat saya tulis dalam penghasilan blog ilmiah ini.Selain itu tidak lupa juga kepada tutor saya Cik Noordeyana yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam membincangkan tentang isu-isu pembangunan ,teori-teori,penghasilan blog dan sebangainya. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lainterutama para pelajar program Sains Pembangunan yang mengambil khusus ini bersama-sama saya yang banyak membantu saya dalam penghasilan blog ilmiah ini.

Sabtu, 2 Ogos 2008

URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR


Istilah pembangunan

Istilah pembangunan lazimnya digunakan dalam pelbagai disiplin. Bagaimanapun, maksud pembangunan itu sendiri masih belum jelas. Bahkan terdapat keraguan dan kekeliruan tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembangunan. Menurut Van Nieuwenhinje(1969), pembangunan adalah sesuatu pembolehubah-satu istilah yang kompleks, yang mempunyai pengertian yang berbeza dan tidak kosisten, iaitu maksud iatilah ini adalah berubah mengikut siapa yang mengemukakan dan mengunakannya serta berdasarkan perkara yang diperhatikan.

Definasi Bandar

Bagi Anlmann dan Olsson(Garnier,1967) mendefinisikan Bandar sebagai satu pengkelompokan yang mempunyai pelbagai aktiviti di dalamnya. Maksud pengkelompokan ini merujuk kepada sesebuah kumpulan penduduk yang tinggal di sesuatu kawasan yang sama dan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti taman bunga, tempat kerja, dan pusat-pusat perkhidmatan. Manakala William Christaller(Garnier,1967) menekankan bahawa Bandar itu bermaksud tempat yang terdapatnya elemen-elemen seperti perdagangan, pentadbiran dan perniagaan kecil. Manakala aaktiviti industry adalah perkara kedua. Manakala sarjana-sarjana seperti Friedman dan Wuff(1967), menganggap Bandar adalah sebagai sebuah dunia sosial yang kecil, yang mempunyai fenomena berbagai-bagai dimensi ekonomi, demografi dan sosial.Selain itu, bandar juga doleh ditakrifkan dengan pelbagai-bagai cara.